Posts

Showing posts from March, 2014

STPM RESULT

TERIMA KASIH YA ILAHI..   Setinggi-tinggi kesyukuran ingin ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dan rakan-rakan aku berjaya menempatkan nama sekolah kami sebaris dengan sekolah-sekolah yang berpengaruh di peringkat STPM di daerah Kuantan.   Sekolah kami berjaya mencatatkan peratusan lulus sebanyak 100% bersama 2 buah sekolah lagi yang turut mencatatkan peratusan yang sama dari daerah Kuantan. Kami turut berhasil meletakkan nama sekolah kami antara 4 buah sekolah paling cemerlang STPM di daerah  Kuantan.   Syukur Alhamdulillah, dengan berkat usaha kami semua kejayaan yang tidak ternilai harganya berhasil kami perolehi. Terasa seperti tidak percaya dengan catatan sejarah yang telah berjaya kami lakarkan di sekolah SMK Tanjong Lumpur ini.   Oleh yang demikian, dikesempatan ini ingin saya ungkapkan jutaan terima kasih buat semua guru yang telah bersusah payah untuk kejayaan kami ini. Terima kasih En.Uzir, Pn.Siti Juli...