STPM RESULT

TERIMA KASIH YA ILAHI..
 
Setinggi-tinggi kesyukuran ingin ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dan rakan-rakan aku berjaya menempatkan nama sekolah kami sebaris dengan sekolah-sekolah yang berpengaruh di peringkat STPM di daerah Kuantan.
 
Sekolah kami berjaya mencatatkan peratusan lulus sebanyak 100% bersama 2 buah sekolah lagi yang turut mencatatkan peratusan yang sama dari daerah Kuantan. Kami turut berhasil meletakkan nama sekolah kami antara 4 buah sekolah paling cemerlang STPM di daerah  Kuantan.
 
Syukur Alhamdulillah, dengan berkat usaha kami semua kejayaan yang tidak ternilai harganya berhasil kami perolehi. Terasa seperti tidak percaya dengan catatan sejarah yang telah berjaya kami lakarkan di sekolah SMK Tanjong Lumpur ini.
 
Oleh yang demikian, dikesempatan ini ingin saya ungkapkan jutaan terima kasih buat semua guru yang telah bersusah payah untuk kejayaan kami ini. Terima kasih En.Uzir, Pn.Siti Juliana, Pn.Hayati, Pn.Rumaini dan Cik Normahiza. Atas usaha dan pertolongan cikgu-cikgu lah yang membawa kami ke satu tahap yang cukup membanggakan.
 
Selain itu, saya turut ingin mengucapkan terima kasih buat ibu bapa dan ahli keluarga yang selama ini sentiasa menjadi pendorong kepada kami untuk terus belajar dan belajar tanpa mengenali erti putus asa. Inilah kejayaan yang berjaya kami hulurkan di atas pengorbananmu selama ini.
 
"Buat insan yang bernama Mariam Bt Othman, ingin adik ungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana usaha umi selama ini. Kejayaan ini khusus adik kalungkan buat umi. Segala pengorbanan umi selama ini adik akan jadikan sebagai pemangkin semangat untuk adik terus berusaha dan membawa balik segulung ijazah buat umi.."
 
"Buat teman-teman seperjuangan Tahniah di atas kejayaan yang telah di kecapi. Kejayaan kita ini diperoleh setelah pelbagai halangan dan dugaan yang telah kita hadapi selama ini. Berkat kerjasama dan perkongsian ilmu kita semua selama ini, kejayaan turut kita rasai bersama.."
 
 
TERIMA KASIH & TAHNIAH BUAT PELAJAR STPM SMK TANJONG LUMPUR 2013..

Comments

Popular posts from this blog

PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN

MENGIMBAU

IKAN BAKAR SRI TANJONG