PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN
uNtUk seMuA TeRmAsUk DiRi sAyA!!!
Setiap orang dari kita menanggung keperitan hidup dengan cara yang berbeza-beza..ada yang mampu menghadapinya dengan tabah dan menerima setiap keperitan itu sebagai ujian dari Yang Maha Kuasa untuk mematangkan kita.Namun ada juga segelintir dari kita yang tidak sanggup menanggungnya lalu membunuh diri..Dimana letak imannya???..masih lagi wujud atau telah dibuangnya kerana tidak sanggup menahan peritnya ujian..Ada juga yang menjadi pesakit mental kerana tekanan hidup..
Ada juga yang sanggup menghina Pencipta mereka kerana merasakan Pencipta mereka tidak adil terhadap mereka.. Apabila mereka melihat hidup orang lain lebih senang,lebih mewah,lebih bahagia ,mereka merasakan hidup ini tidak adil..
Lupakah mereka??? bukankah telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa setiap manusia akan merasai dugaan yang berbeza-beza..Orang yang dianugerahkan dengan hidup yang senang dan mewah itu juga merupakan ujian buat mereka.. Adakah mereka akan sentiasa mengingati Allah yang telah memberi nikmat itu kepada mereka,atau dengan nikmat itu mereka akan menjadi manusia yang lupa daratan,ego,sombong dan bongkak..Nikmat itu juga merupakan peringatan buat mereka supaya tidak melupakan orang yang lebih memerlukan..jika dia bersyukur dengan nikmat yang diberikan die tidak akan lupa untuk mengeluarkan zakat..
Orang yang senyum dan nampak bahgia itu belum tentu bahagia..mungkin ada tangisan disebalik senyuman itu..kita tidak mengetahi ujian dan penderitaan yang dihadapi oleh orang lain..Jadi,jika kita merasakan bahawa dunia ini tidak adil sebaik sahaja kita melihat kebahagiaan orang lain,sedarlah kita bahawa kita sedang melakukan kesilapan..
"SENYUM TIDAK BERERTI BAHAGIA,MENANGIS TIDAK BERERTI SENGSARA"
Umi selalu berpesan kepada aku.."Adik jangan lupa sembahyang dan berdoa kepada Allah supaya Allah menetap dan meneguhkan iman kita"..Tanpa iman di hati,manusia itu hidup dalam kegelapan..
dipetik dari sebuah lagu
"Iman adalah MUTIARA,
di dalam hati manusia,
yang mengasihi...ALLAH,
Maha Esa Maha Kuasa"
Bernilainya iman di hati setiap manusia,sehingga lagu ini mengibaratkan iman itu seperti mutiara yang mahal nilainya di dunia..dan iman itu bernilai bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat..
"BILA HATI HILANG FUNGSI UNTUK MENCINTAI ALLAH,SUNGGUH IA LEBIH SENGSARA DARI MATA YANG HILANG PENGLIHATAN DAN TELINGA YANG HILANG PENDENGARAN"
~Muharrikdaie~
Comments
Post a Comment