MENGIMBAU
Semalam genaplah usia aku 21 tahun di bumi Allah. Kehidupan yang penuh pancaroba aku harungi jua demi kebahagiaan. Pada usiaku 13 tahun atau lebih tepat lagi pada 1. Mei.2007 aku telah kehilangan ayah aku pada usianya 71 tahun. Ayah aku telah sakit sejak aku kecil lagi, lebih kurang 5 - 6 tahun. Kalau orang sakan bercerita tentang ayah mereka, aku hanya mampu mendiamkan diri kerana aku sendiri tidak dapat mengenali ayah aku dengan lebih dekat. Aku tidak tahu tentang perangainya, tingkah-lakunya, hobinya, bahkan aku juga tidak tahu terperinci tentang pekerjaannya. Dari kecil aku hanya melihat kesusahan seorang ibu membesarkan anak-anaknya dan memberi makan untuk anak-anaknya dan suaminya yang kurang sihat. Aku tak pernah melihat ayah aku bekerja kecuali aku melihat ayah kau mengusahakan kebun sekangkang kera yang tiak jauh dari rumah aku. Kebun itu pun bukanlah ada hasilnya. Ayah aku pernah menanam jagung, cukup untuk makan sendiri je tu pun tak lama.
Nak cerita pasal pengalaman bersama abah????? Rasanya tak banyak pun. Tapi ada satu yang paling aku ingat dan pasti aku akan ingat hingga ke akhir hayat aku. Pernah pada suatu hari, masa tu umur aku dalam 5 tahun rasanya. Abah membawa aku berjalan kaki. Aku masa tu ikut je la, sebelum tu abah tak pernah bawa aku jalan-jalan. Berjalan aku hingga ke hujung kampung, sampailah aku ke suatu jambatan kayu yang kecil dan membelah semak- samun. Aku dan abah meniti jambatan itu, jambatan itu kelihatan masih baru di bina pada saat itu. Lalu aku bertanya kepada abah aku, Siapa yang buat jambatan ni abah? Dengan selamba abah aku menjawab, Abah lah!.. Aku hanya mendiamkan diri. Sesampai sahaja aku ke hujung jambatan, aku terkejut melihat indahnya ciptaan Allah. Rupanya jambatan itu membawa aku dan abah terus ke pantai. Kami pulang usai bermain air. Sampai sekarang aku tak tahu siapa yang membuat jambatan itu dan masih wujudkah lagi jambatan itu. Hakikatnya, aku amat berharap jika masa itu dapat diundurkan, agar lebih banyak kenangan akubersama abah dapat dilakar. Kakak-kakak dan abang-abang aku sering bercerita tentang abah. Kadang-kadang rasa cemburu sangat sebab mereka punya cerita, punya kenangan bersama abah, sedangkan aku tiada apa yang boleh diceritakan.
Comments
Post a Comment