HARGAILAH

JANGAN DIPERSIAKAN...

Saya merupakan antara individu yang telah kehilangan aset yang amat bermakna dalam hidup setiap insan.. Aset yang saya maksudkan ialah ayah saya. Ayah saya telah kembali ke Rahmatullah pada 1.Mei.2007 tepat pada jam 8.00 pagi..

Kalau dikenangkan kembali saat-saat pemergian arwah, hati ini cukup sayu. Pada ketika itu saya berusia 13 tahun manakala arwah 71 tahun. Semua adik-beradik saya (10 orang), abang & kakak ipar serta anak-anak saudara saya mengelilingi arwah. kami melihat sendiri bagaimana nafas arwah perlahan-lahan ditarik dan dihembus sehinggalah arwah tidak lagi bernafas.. Cukup sedih rasanya hati ini.

Suasana rumah pada ketika itu cukup sayu. Semua orang ditemani air mata. Namun aku, seolah-olah tidak percaya yang arwah telah meninggalkan aku. Pada mulanya air mata aku langsung tidak menitis, hanya merasakan sedih yang teramat..Hanya Allah yang tahu perasaan aku pada saat dan ketika itu. Walaupun aku cuba menahan air mata aku daripada mengalir,akhirnya aku terpaksa akur.. Aku manusia yang lemah. Air mataku mencurah jua.

Pada suatu pagi, terjaganya aku dari tidur (di depan tv) aku tergamam melihat kakak aku tidur bersebelahan dengan arwah. Aku tertanya-tanya...kenapa dia tidur ditepi abah??? lalu aku bertanya kepada ibu aku.. dan ibu aku berkata, "Abah sakit adik,sebab tulah Kak Noli tidur sebelah abah".. Aku seolah-olah tidak mengerti apa-apa. Setahu aku,arwah hanya demam biasa. Aku tidak menduga yang arwah sakit tenat. 

Siapa yang tidak merasa sedih apabila kehilangan satu-satunya ayah mereka???.. aku seperti tidak percaya yang arwah telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sebelum arwah nazak,arwah hanya mengalami demam..Arwah telah menghidap sakit kencing manis sejak aku berusia 6 tahun lagi, arwah juga menjadi nyanyuk sejak beberapa tahun sebelum pemergiannya. Namun penyakit kencing manis arwah sembuh sebelum arwah meninggal, luka di kaki arwah akibat kencing manis turut pulih sepenuhnya. 

Arwah meninggal pada jam 8.00 pagi, pada jam 11.00 pagi segalanya telah selesai. Arwah selamat dikebumikan. Alhamdulillah semuanya lancar dan pantas berlalu. Wajah arwah seolah-olah sedang tersenyum disaat-saat nafas terakirnya. Hati aku tersentuh.

Aku menulis cerita ini bukan sekadar untuk dibaca, tapi untuk diambil pengajaran. Kita sebagai insan biasa tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan, sama ada kita sengaja ataupun tidak sengaja. Oleh itu, kita perlulah menghargai mereka sementara kita masih diberikan ruang dan peluang. 

Sebelum ruang ini ditutup & peluang ini lesap kita perlu menghargainya. mohon ampun dan maaf daripada mereka,walaupun kita rasa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada mereka selama ini. Mungkin ada silap yang kita lakukan kepada mereka tapi kita tidak perasan. 

Jangan lupakan mereka saat kita senang, dan mencari mereka hanya pada saat kita susah. Jangan jadi orang yang lupa daratan (ibarat "kacang lupakan kulit"). Jangan menyesal setelah kita kehilangn mereka (ibarat "sudah terhantuk, baru terngadah").

Buat Umi yang tersayang, adik tidak akan lupakan setiap pengorbanan yang telah umi lakukan buat adik selama ini. Percayalah pada adik umi, adik akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Adik akan hadiahkan umi segulung ijazah. Bukankah itu harapan yang umi ingin kan dari pada adik.

Aku: Umi bila adik berjaya nanti adik akan bawa umi naik kereta mewah adik, rumah banglo adik. (gurauan aku)
Umi: Umi bukan nak harta adik. Umi tengok adik berjaya pun dah cukup. Umi nak tengok adik ambil ijazah.
Aku: Insyaallah..
Umi: Jangan insyaallah je. Tapi berusahalah, belajar rajin-rajin. Jangan lupa dekatkan diri dengan Allah.

Adik tidak akan lupakan setiap nasihat yang umi pesankan kepada adik..Umi..adik sayang sangat-sangat dekat umi. Adik tidak sanggup hidup tanpa umi. Adik tidak sanggup kehilangan umi. Adik mahu sentiasa bersama umi di sepanjang hidup adik, saat susah dan senang. Doakan kejayaan adik umi, kejayaan dunia dan akhirat.

~Al-Fatihah buat arwah abah (Abdul Rahman b. Mat)~

Comments

Popular posts from this blog

PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN

MENGIMBAU

IKAN BAKAR SRI TANJONG