UMI..I LOVE YOU

TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGANUGERAHKAN AKU SEORANG BONDA YANG SANGAT ISTIMEWA..

Di saat aku memerlukan dia,umi tidak pernah menoleh ke belakang,umi tidak lari daripadaku walaupun selangkah.. umi akan menyapu setiap titisan air mata yang mengalir keluar daripada mataku..umi tidak pernah mengenal erti putus asa untuk terus mendidik aku menjadi seorang hamba-Nya yang bertaqwa, seorang manusia yang berguna untuk manusia lain, seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat..

Tiada kata yang mampu terungkap di bibirku apabila mengenangkan setiap pengorbananmu..UMI, ADIK SAYANGKAN UMI..UMILAH SEGALANYA BUAT ADIK..

Sejak arwah abah sakit lagi, umi telah membanting tulang empat kerat umi untuk mecari sesuap nasi buat kita semua.. walaupun masa itu sudah ada abang-abang dan kakak-kakak yang sudah bekerja tapi umi tidak meminta pertolongan mereka.. kata umi gaji mereka tidak seberapa, macam mana nak bagi kita makan,untuk keluarga mereka sendiri pun susah..umi tidak mahu menyusahkan anak-anaknya..umi sanggup bekerja di kedai membuat keropok dengan gaji sebanyak rm2-5 sehari..pengorbanan yang telah umi lakukan selama ini tidak mampu dibalas..setiap penat lelah umi tidak pernah terungkap di bibirnya, tidak pernah diluahkan..aku tahu niat umi hanyalah satu, tidak mahu kesusahan yang dilalui olehnya menjadi kesusahan buat anak-anaknya..

Umilah kunci kejayaan adik sampai ke tahap ini...Umilah yang menjadi pemangkin semangat aku untuk berjaya..setiap malam,sepanjang jagaku,umi akan turut berjaga.. umi tidak mengeluh walaupun terpaksa menunggu aku menyiapkan kerja sekolah dan mentelaah pelajaran yang kadang-kadang mencecah ke jam 3 pagi.. bagi umi, biarlah dia susah, tapi aku perlu berjaya sampai ke menara gading.. kejayaan aku menjadi keutamaannya.. walaupun aku belajar sampai ke pagi, tapi umi terus menunggu dan berada di samping aku..ada ketikanya umi akan tertidur sambil menunggu aku, kadang-kadang umi akan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sambil aku mengulangkaji pelajaran..

"Umi... doakanlah kejayaan adik..adik berazam menjadi insan yang umi inginkan..adik tahu setiap leteran (nasihat) umi,setiap amarah umi semuanya untuk kebaikan adik, untuk menjadikan adik manusia yang berguna.. Terima kasih di atas setiap pengorbanan dan penat lelah umi selama ini.. adik akan berusaha untuk tidak mengecewakan umi..UMI, I LOVE YOU..."



Comments

Popular posts from this blog

PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN

MENGIMBAU

IKAN BAKAR SRI TANJONG