Posts

Showing posts from 2014

KENANGAN~~MEMORI

MEDSI PUNYA CERITA.. Peristiwa yang sangat "istimewa" semasa ke UIAM, Kuantan. Sebelum tu aku ingin mengucapkan rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku berjaya layak ke ujian MEDSI untuk ke UPSI. Ujian itu dilaksanakan di UIAM. selain aku ada beberapa orang rakan aku turut layak menduduki ujian MEDSI ini seperti Diyana, Syawanie Lyana, Shamira, Amalina, Shahrul, dan Aizuddin. Aku dan Aizuddin dapat tempat dan masa yang sama. Aku tak pernah tahu jalan ke UIA, tapi aku pernah sampai ke situ..hahaha. Inilah padahnya bila tak menghafal jalan. Abang Man yang hantarkan aku ke ujian tu bersama dengan pakcik sebelah rumahnya sebagai penunjuk arah. Sesampainya aku ke UIA ni aku hadapi masalah dalam mencari dewan peperiksaan tersebut. Al-maklumlah UIA ni bukannya sebesar padang bola saja, kawasannya sangat luas. Kami pun hanya mengikut arah anak panah yang ditunjukkan. Kawasan UIA ni seperti bulatan. Sampai satu peringkat tu kami semua tertanya-tanya di mana ban...

STPM RESULT

TERIMA KASIH YA ILAHI..   Setinggi-tinggi kesyukuran ingin ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dan rakan-rakan aku berjaya menempatkan nama sekolah kami sebaris dengan sekolah-sekolah yang berpengaruh di peringkat STPM di daerah Kuantan.   Sekolah kami berjaya mencatatkan peratusan lulus sebanyak 100% bersama 2 buah sekolah lagi yang turut mencatatkan peratusan yang sama dari daerah Kuantan. Kami turut berhasil meletakkan nama sekolah kami antara 4 buah sekolah paling cemerlang STPM di daerah  Kuantan.   Syukur Alhamdulillah, dengan berkat usaha kami semua kejayaan yang tidak ternilai harganya berhasil kami perolehi. Terasa seperti tidak percaya dengan catatan sejarah yang telah berjaya kami lakarkan di sekolah SMK Tanjong Lumpur ini.   Oleh yang demikian, dikesempatan ini ingin saya ungkapkan jutaan terima kasih buat semua guru yang telah bersusah payah untuk kejayaan kami ini. Terima kasih En.Uzir, Pn.Siti Juli...

SAHABAT

Image
IsTiMeWaNyA DiRiMu TeMaN... Biodata Si Dia Nama : Siti Aisyah Bt MohD hASSAN Umur : 20 Tahun Tarikh Lahir : 25 Mac 1994 Ciri-ciri Fizikal : Tak tinggi dan sedikit bulat..hehe Sifat : Penyayang, penyabar, jujur, setia, peramah dan banyak lagi (penat kalau nak tulis semua) Aku berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan seorang sahabat seperti dia. Kehadiran dirinya dalam kehidupan aku mebawa seribu erti. Persahabatan kami bermula ketika kami di TADIKA KEMAS, pada masa itu kami berusia 6 tahun (aku memasuki pra-sekolah lewat setahun berbanding rakan-rakan aku yang mula bersekolah ketika berusia 5 tahun).  Pada awal persahabatan kami, ibarat "anjing dan kucing", kami selalu bergaduh. Tapi masa tu kami masih kecil lagi, masih belum mengenal erti sebuah persahabatan. Pelbagai kenangan manis mahupun pahit kami harungi bersama. Kini kami telah berusia 20 tahun, ini bermakna persahabatan kami telah berusia kira-kira 14 tahun kami masih akr...

IKAN BAKAR SRI TANJONG

Image
 Sudah Cuba Pasti Nak Lagiiiii !!!   Kalau anda ke Bentong, Pahang atau dalam perjalanan ke mana saja yang memerlukan korang melalui daerah Bentong, saya sarankan korang semua singgahlah ke kedai ini..  Pelbagai juadah ada disediakan di sini, saya pasti korang akan berpuas hati setelah menikmatinya.. Kedai Ikan Bakar Sri Tanjong ini terletak di Batu 1, Bentong, Pahang berhadapan dengan kubur.. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan sila hubungi  :  012-7111305 (WAN) Kunjungan Anda Pasti Berbaloiiii !!!!