KENANGAN~~MEMORI

MEDSI PUNYA CERITA..


Peristiwa yang sangat "istimewa" semasa ke UIAM, Kuantan. Sebelum tu aku ingin mengucapkan rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku berjaya layak ke ujian MEDSI untuk ke UPSI. Ujian itu dilaksanakan di UIAM. selain aku ada beberapa orang rakan aku turut layak menduduki ujian MEDSI ini seperti Diyana, Syawanie Lyana, Shamira, Amalina, Shahrul, dan Aizuddin. Aku dan Aizuddin dapat tempat dan masa yang sama.

Aku tak pernah tahu jalan ke UIA, tapi aku pernah sampai ke situ..hahaha. Inilah padahnya bila tak menghafal jalan. Abang Man yang hantarkan aku ke ujian tu bersama dengan pakcik sebelah rumahnya sebagai penunjuk arah. Sesampainya aku ke UIA ni aku hadapi masalah dalam mencari dewan peperiksaan tersebut. Al-maklumlah UIA ni bukannya sebesar padang bola saja, kawasannya sangat luas. Kami pun hanya mengikut arah anak panah yang ditunjukkan. Kawasan UIA ni seperti bulatan. Sampai satu peringkat tu kami semua tertanya-tanya di mana bangunan untuk peperiksaan ni, papan tanda atau anak panah sudah tidak kelihatan. Tapi kami masih meneruskan perjalanan kami sehinggalah kami jumpa anak panah dan tanda arah ke bangunan peperiksaan itu. 

Aku keluar dari kereta dan berjalan ke bangunan itu. Melihat papan kenyataan yang ditampal dengan senarai nama, tertera nama aku. Aku pun berjalan masuk ke bangunan itu, bersendirian setelah Abang Man pulang. bila masuk ke bangunan tu sampai ke satu persimpangan aku tidak tahu ke mana, ke kiri atau ke kanan. Aku menghubungi Aizuddin tapi dia tidak menggangkat telefonnya mungkin dia tidak perasan kerana telefonnya dalam "silence mood". Aku terus menghubunginya tapi langsung tidak di angkat. Aku mula memberanikan diri untuk bertanay dengan eberapa orang individu yang kelihatannya seangkatan seperti aku. Sedang aku bercakap dengan seorang insan ni yang hadir bersama kakaknya, datang pula seorang lagi yang seolah-olah yakin bahawa dia benar. Katanya dewan peperiksaan itu di tingkat 2. Kami berempat terus menaiki lif ke tingkat 2. Bila berjalan dan pusing ke kiri dan kanan semuanya hanyalah bilik tenaga pengajar. Aku dan budak perempuan yang bersama dengan kakaknya tadi hanya mengukir senyuman sambil pandang-memandang.

Kami turun kembali dan aku cuba menghubungi Aizuddin untuk ke sekian kalinya. Akhirnya, Aizuddin menggangkat panggilan aku. Tapiiiiiiii..dia sendiri pun tak tahu di mana aku dan bagaimana mahu menjelaskan kepada aku tentang lokasi dewan ujian itu. Cakap punya cakap, akhirnya tiada kesudahannya. Kami tidak tahu lokasi antara satu sama lain. Aku menamatkan panggilan sambil itu aku berjalan ke bangunan sebelah. Dengan nada terakhir yang turut mencemaskan Aizuddin ialah nada sebak yang jelas kedengaran dari lunak suaraku. Aku mula cemas. Selang beberapa saat setelah mematikan panggilan. Aizuddin menghantar mesej "Aku dah masuk dewan, tapi sempat ag". Aku mula gelabah dan cemas hampir menitiskan air mata. Lalu aku menenangkan diri untuk eberapa detik. Aku bertanya denagn 3 orang insan yang berdekatan dengan aku tentang lokasi dewan tersebut dengan menunjukkan slip peperiksaan yang aku pegang sejak dari mula aku sampai ke UIA. Mujurlah insan ini mungkin telah datang awal dan menganalisis lokasi-lokasi peperiksaan di situ. Dia mengatakan " dewan kenangan di sebalah sana, tingkat 2 taw". Dengan bersungguh dia memberitahu aku. Mungkin dia sudah nampak riaksi resahku dari tadi.

Secara tergesa-gesa aku berjalan dengan selaju yang mungkin untuk ke bangunan yang dikatakan oleh perempuan itu tadi. Sesampainya aku ke suatu persimpangan kelihatan 3 bangunan yang berdekatan. alamakkkk.. yang mana satu pula ni. Kelihatan seorang gadis bersama dengan ibu bapanya, aku bertanya lokasi dewan itu dengan menunjukkan slip peperiksaan itu, tapi dia pun terpingga-pingga sebab dia pun seangkatan dengan aku. Tetapi dibelakangnya ada seorang lelaki, aku terus bertanpa kepada dia. Dia menunjukkan bangunan yang terletak bersebelahan dengan kedudukan aku sekarang. "Awak naik tangga depan ni dan naik ke level 3 katanya". Aku sedikit pelik kerana perempuan sebelum ini cakap tingkat 2, tapi dia cakap tingkat 3. Aku percaya kepada perempuan tu, bukan sebab aku tak percaya kepada lelaki cuma dalam slip tu pun ada cakap "lab kenanga, level 2". apa-apa pun aku terus ke bangunan yang dikatakan oleh lelaki tadi.

Sesampainya aku ke bangunan itu, aku terserempak dengan 3 orang lelaki yang sedang berborak dengan seorang mak cik yang kelihatan seperti pekerja di situ. Aku terus bertanya lagi. Aku menjumpai mak cik itu dan bertanya kepadanya, katanya adik naik ke tingkat 2. Baiklah sekarang memang betul di tingkat dua. Aku terus menaiki lif ke tingkat dua. Pada kebiasaannya aku akan takut bila naik lif berseorangan kerana takut lif rosak, tapi buat pertama kalinya aku menaiki lif bersendirian dengan beraninya sebab dalam otak aku sekarang ni hanyalah "cepat". Dah tak fikur takut, lif rosak atau apa sahaja. Berlari-lari aku mencari dewan tu, sampai ke satu tempat aku terjumpa 2 orang pak cik yang sedang bersembang. Belum sempat aku bertanya, dia sudah menggangkat tangan dan menunjukkan arah ke dewan berkenaan. Terima kasih pakcik kerana memahami. Terus aku berjalan. 

Keadaan yang suram dan sunyi sepi membuatkan aku rasa takut, bukan takut apa cuma takut salah tempat. cari..cari.. dan terus mencari.. Akhirnya aku menjumpai apa yang dicari. Aku mengetuk pintu setelah melihat ke dalam dewan tersebut melalui tingkap pintu, dan seorang lelaki yang kelihatan seperti pengawas peperiksaan membuka pintu. Takut salah dewan, aku menunjukkan slip dan bertanya lagi, "inikah dewannya". "Betullah ni, nilah tempatnya". huh.. Penat lumba lari dengan diri sendiri. Akhirnya aku jumpa. bila masuk ke dewan itu aku di minta untuk menandatangan kehadiran. Yang pertama dicari ialah Aizuddin, sebab dialah satu-satunya insan yang aku rasa aku kenal dalam dewan itu. Pengawas peperiksaan menunjukkan tempat duduk untuk aku. Aku melihat ke sebelah tempat duduk itu ialah seorang gadis yang aku kenali semasa di SMK Paya Besar semasa menunggu rakan-rakan aku menduduki peperiksaan ulangan penggal 3. Pelajar dari SMK Sri Mahkota. Aku menuju ke tempat duduk tersebut dengan penuh rasa syukur dan lega. 


Setelah duduk, pengawas peperiksaan tersebut menyatakan yang aku telah terlambat 4 minit. Aku mula menduduki peperiksaan itu, tiba-tiba ada masalah line pula. Biasalah bila 1 Malaysia guna laman web yang sama mesti ada masalah. "lodingggggg".. dah tu "error" alamak. Memang mencabar ketenangan aku. Setelah menjawab hampir setengah jam, masalah line muncul kembali. Bila tekan butang "back", terus terkeluar dari laman tu. Terpaksalah aku buat balik semua soalan-soalan yang aku dah buat tadi. Dahlah dalam masa 1 jam 15 minit ni aku perlu siapkan 300 soalan. Aku mula resah kembali sebab takut tidak sempat siapkan semua soalan. Setelah aku menyelesaikan 100 soalan, aku melihat jam di tangan menunjukkan pukul 11.10. Ini bermaksud aku hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk seratus soalan, jadi aku memerlukan masa 20 minit lagi untuk menyiapkan 300 soalan. Jadi lebih kurang pukul 11.30 aku akan siap. Masa peperiksaan sebanar tamat pada pukul 11.45. 

Huh, lega rasanya. Aku mula tenang menjawab soalan yang seterusnya kerana aku mungkin mempunyai masa lebih lagi. Semakin aku jawab semakin ramai yang telah siap dan meninggalkan dewan peperiksaan. aku mula resah kembali, bukan resah yang sebenarnya tapi lebih tepat lagi teruja untuk menamatkan ujian. Lebih kurang jam 11.35 aku selesai menjawab 300 soalan dan aku keluar dari dewan peperiksaan. Aku orang yang ke dua terakhir keluar dari situ, yang terakir ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Aku melangkah keluar dari dewan tersebut dengan senyuman lega. Buka saja pintu tu, ramai yang sedang beratur untuk sesi yang seterusnya termasuklah lelaki yang tersilap "level" tadi..hehe. 

Aku pun berjalan dan menemui Aizuddin yang sedang menunggu aku di satu laluan ke lif. Kami berborak dan menaiki lif untuk turun ke bawah. Tapi semasa nak keluar dari lif tu ada satu peristiwa yang bagi aku melucukan tetapi mencemaskan. Dah sampai tapi pintu lif tak terbuka, aikkkk, macam mana ni? Baru aku terfikir takut lif rosak, kalau betul terjadi memang aku meraunglah dalam tu. Aizuddin pun menekan butang untuk membuka pintu lif, barulah pintu itu terbuka. Kami tergelak sambil keluar dari lif tu. Seumur hidup aku tak pernah jumpa lif yang perlu tekan butang buka baru pintu lif terbuka. Memang dahsyat lif tu. Sambil berjalan tu kami berborak. Kami diminta untuk membawa alat tulis tetapi bila peperiksaan guna komputer, apa jadi dengan nasib alat tulis kami? Aizuddin pula berfirasat bahawa soalan yang mencabar akan ditanya tapi sebaliknya hanya soalan tentang diri sendiri, nasib aku dah tanya kakak aku tentang bentuk soalan. Jadi aku taklah fikir jauh sangat. Akhirnya, kami membawa haluan masing-masing.

Antara yang aku masih tak boleh lupa ialah pertanyaan 3 orang lelaki tadi kepada mak cik yang bekerja di situ (mak cik yang aku bertanya tadi). "Makcik kenapa bangunan ni suram je macam berhantu, bangunan ni macam bangunan yang tak guna je??". pertanyaan yang kedengaran ke telingan aku sebelum aku menaiki lif secara bersendirian. nasib baik aku tengah runsing masa tu dan tak fikir tentang pertanyaan tu. Kalau aku fikir, mungkin aku tak sampai ke dewan peperiksaan tu sebab takut..hehe

Hari sabtu ni satu lagi tugasan yang mencabar bakal menanti aku di UITM, Jengka. Aku akan buat yang terbaik dengan izin Allah. InsyaAllah.

"YA ALLAH, AKU MOHON SEGALA URUSAN AKU DIPERMUDAHKAN...AAMIIN.."

Comments

Popular posts from this blog

PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN

MENGIMBAU

IKAN BAKAR SRI TANJONG