SAHABAT

IsTiMeWaNyA DiRiMu TeMaN...


Biodata Si Dia

Nama : Siti Aisyah Bt MohD hASSAN
Umur : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 25 Mac 1994
Ciri-ciri Fizikal : Tak tinggi dan sedikit bulat..hehe
Sifat : Penyayang, penyabar, jujur, setia, peramah dan banyak lagi (penat kalau nak tulis semua)

Aku berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan seorang sahabat seperti dia. Kehadiran dirinya dalam kehidupan aku mebawa seribu erti. Persahabatan kami bermula ketika kami di TADIKA KEMAS, pada masa itu kami berusia 6 tahun (aku memasuki pra-sekolah lewat setahun berbanding rakan-rakan aku yang mula bersekolah ketika berusia 5 tahun). 

Pada awal persahabatan kami, ibarat "anjing dan kucing", kami selalu bergaduh. Tapi masa tu kami masih kecil lagi, masih belum mengenal erti sebuah persahabatan. Pelbagai kenangan manis mahupun pahit kami harungi bersama. Kini kami telah berusia 20 tahun, ini bermakna persahabatan kami telah berusia kira-kira 14 tahun kami masih akrab walaupun kami telah membawa haluan masing-masing setelah tamat SPM. Saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama tetapi Siti melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi kemahiran dalam bidang jahitan. Bila dah buat haluan masing-masing ni memang payahlah nak berjumpa, berhubung pun hanyalah melalui SMS dan panggilan telefon, itu pun jarang-jarang sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Apabila kami bersembang bersama sambil mengimbau masa lalu pasti ada yang mencuit hati kami. Kami berdua ni "banyak mulut", dah la tu "gile-gile" pula, ada saja karenah yang pelik-pelik. Memang sangat menyeronokkan kenangan yang telah kami lalui. Kalau kami bersembang, aiiii memang tak ingat dunia la jawabnya. Seandainya waktu itu dapat diputarkan kembali pasti menyeronakkan. 

Mungkin korang tertanya-tanya apa bezanya dia dan sahabat saya yang lain, kan? Salah satu keistimewaan dia bagi saya ialah dia seorang yang penyabar. Saya merupakan seorang yang sensitif dan saya akui itu. Tapi, sahabat saya ini tetap sabar melayan karenah saya. Kadang-kadang saya cepat menangis,cepat merajuk, dan cepat marah tapi seingat saya sepanjang persahabatan kami,kami tak pernah bergaduh. Dia tak mudah melenting. Kalau saya sedih atau kesusahan, dia sentiasa ada di samping saya untuk membantu.

 Pada usia 8 tahun (darjah 2), saya masih belum pandai membaca. Setelah dimarahi guru akibat tak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan (biaselah tak pandai membaca, macam mana nak buat kerja sekolah, nak tanya kakak pon rasa malas) barulah saya mula ingin belajar membaca.  Masa tu saya memang langsung tak tahu apa-apa, apabila melihat buku saya hanya akan melihat gambarnya sahaja. Si dia lah yang telah membantu saya untuk membaca. setiap kali dia membaca buku pasti saya akan berada disisi dia dan mengikut dia membaca sambil jari telunjuknya di buku supaya saya tahu dia membaca di mana. setiap hari kami mengulang rutin yang sama sehinggalah saya mengenal huruf dan mampu membaca sendiri walaupun tergagap-gagap. Saya mampu membaca dengan lancar semasa di darjah 3. Kalau bukan kerana kesungguhan dia mengajar saya membaca pada ketika itu mungkin saya masih  di belakang dan tidak bersemangat untuk ke sekolah.
  
Dengan semangat itu, saya berazam untuk terus berjaya sehinggalah saya terpilih menjadi pelajar harapan sekolah semasa UPSR. Bayangkan lah, daripada tak tahu membaca saya belajar bersama dia sehingga saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pelajar harapan, hanya Allah yang mengetahui perasaan saya pada ketika itu. Sejak saya di darjah 1 lagi saya sentiasa berada di kelas ke-2, tetapi dengan takdir Yang Maha Kuasa saya berjaya naik ke kelas pertama setelah mesyuarat cikgu diadakan selepas peperiksaan setengah tahun darjah 6. Tapi saya hanya berada di kelas itu selama 1 hari dan pada keesokannya saya memeohon kepada guru kelas lama saya untuk kembali. guru tersebut termanggu, mungkin kerana pelik dengan tindakan saya itu lebih-lebih lagi dengan alasan saya tak ada teman (Siti). Nasib baik dia mengizinkan. sejak dari itu saya berazaam untuk naik ke kelas pertama bersama kawan-kawan saya, saya nak berjaya bersama mereka terutama sekali dengan Siti kerana dia semangat saya. 

Semasa di Tadika dan darjah 5 sahaja kami terpisah kelas, selebihnya kami sentiasa bersama. Kami belajar bersama. Biasanya, keputusan peperiksaan kami tak jauh bezanya. Kami belajar bersama di sekolah dan di rumah, kedudukan rumah kami tak jauh pun. kami terus belajar dan belajar sehinggalah keazaman saya tercapai. Saya berjaya membawa Siti dan kawan-kawan saya yang lain untuk naik ke kelas pertama semasa di tingkatan 3. Cukup istimewa rasanya apabila hajat menjadi kenyataan. Dan kami semua terus bersama sehingga ke tingkatan 5. 

Yang lebih penting persahabatan saya dan Siti masih tetap utuh sehingga kini. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan saya dengan insan yang mampu memberi semangat untuk saya berjaya, mungkin ini hikmah yang diberikan di sebalik setiap ujian yang telah Dia berikan kepada saya.

" Ya Allah

hamba bermohon agar persahabatanku ini kekal hingga ke hujung nyawa 
dan hamba bermohon agar Engkau
sentuhlah hati sahabatku ini disaat dia jauh dariMu,
peluklah hati sahabatku ini disaat dia mencintai sesiapa melebihi cinta kepadaMu,
peliharalah imannya di sepanjang perjalanan waktu,
kerana Engkaulah sebaik baik pelindung baginya,
moga dirinya sentiasa dibawah naungan kasih sayangMu,
Ya Rabbal 'Alamin...

Amin... "







Comments

Popular posts from this blog

PERINGATAN BUAT SEMUA INSAN

MENGIMBAU

IKAN BAKAR SRI TANJONG