STUDENT LIFE KE NI? 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan. Alhamdulillah diri ini masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas di bumi milikNya ini. Lama dah aku tak menulis. Rindu nak menulis sebenarnya, tapi tu la hmm.. suasha betul nak cari masa free sem ni. Dari bulan September 2015 sampailah ke bulan Jun 2016 ni, memang dugaan betullah hidup aku. Huru-hara dibuatnya. dari pelajaran sampailah ke pergaulan. Nasib tak menyebelahi aku la rasanya. Kesibukan ni ibarat memakan diri la. banyak sangat join program kolej dengan fakulti ni, memnag la best tapi macam tak kena masa. Dah la aku ambil kredit maksimum (26 kredit). So, memang dah penyakit la. Masa aku handle dinner kolej hari tu, mungkin kederat aku dah habis agaknya. Aku demam teruk, selsema, batuk, menggigil la satu badan aku. Tapi nak tak nak aku kena juga kerja sebab dah saat akhir. Aku pulak kena belakon dalam teater musikal untuk gimik perasmian malam tu. Dua-dua malam pulak tu. Dengan tak ada tenaga,...
Posts
MENGIMBAU
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam genaplah usia aku 21 tahun di bumi Allah. Kehidupan yang penuh pancaroba aku harungi jua demi kebahagiaan. Pada usiaku 13 tahun atau lebih tepat lagi pada 1. Mei.2007 aku telah kehilangan ayah aku pada usianya 71 tahun. Ayah aku telah sakit sejak aku kecil lagi, lebih kurang 5 - 6 tahun. Kalau orang sakan bercerita tentang ayah mereka, aku hanya mampu mendiamkan diri kerana aku sendiri tidak dapat mengenali ayah aku dengan lebih dekat. Aku tidak tahu tentang perangainya, tingkah-lakunya, hobinya, bahkan aku juga tidak tahu terperinci tentang pekerjaannya. Dari kecil aku hanya melihat kesusahan seorang ibu membesarkan anak-anaknya dan memberi makan untuk anak-anaknya dan suaminya yang kurang sihat. Aku tak pernah melihat ayah aku bekerja kecuali aku melihat ayah kau mengusahakan kebun sekangkang kera yang tiak jauh dari rumah aku. Kebun itu pun bukanlah ada hasilnya. Ayah aku pernah menanam jagung, cukup untuk makan sendiri je tu pun tak lama. ...
KENANGAN~~MEMORI
- Get link
- X
- Other Apps
MEDSI PUNYA CERITA.. Peristiwa yang sangat "istimewa" semasa ke UIAM, Kuantan. Sebelum tu aku ingin mengucapkan rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku berjaya layak ke ujian MEDSI untuk ke UPSI. Ujian itu dilaksanakan di UIAM. selain aku ada beberapa orang rakan aku turut layak menduduki ujian MEDSI ini seperti Diyana, Syawanie Lyana, Shamira, Amalina, Shahrul, dan Aizuddin. Aku dan Aizuddin dapat tempat dan masa yang sama. Aku tak pernah tahu jalan ke UIA, tapi aku pernah sampai ke situ..hahaha. Inilah padahnya bila tak menghafal jalan. Abang Man yang hantarkan aku ke ujian tu bersama dengan pakcik sebelah rumahnya sebagai penunjuk arah. Sesampainya aku ke UIA ni aku hadapi masalah dalam mencari dewan peperiksaan tersebut. Al-maklumlah UIA ni bukannya sebesar padang bola saja, kawasannya sangat luas. Kami pun hanya mengikut arah anak panah yang ditunjukkan. Kawasan UIA ni seperti bulatan. Sampai satu peringkat tu kami semua tertanya-tanya di mana ban...
STPM RESULT
- Get link
- X
- Other Apps
TERIMA KASIH YA ILAHI.. Setinggi-tinggi kesyukuran ingin ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dan rakan-rakan aku berjaya menempatkan nama sekolah kami sebaris dengan sekolah-sekolah yang berpengaruh di peringkat STPM di daerah Kuantan. Sekolah kami berjaya mencatatkan peratusan lulus sebanyak 100% bersama 2 buah sekolah lagi yang turut mencatatkan peratusan yang sama dari daerah Kuantan. Kami turut berhasil meletakkan nama sekolah kami antara 4 buah sekolah paling cemerlang STPM di daerah Kuantan. Syukur Alhamdulillah, dengan berkat usaha kami semua kejayaan yang tidak ternilai harganya berhasil kami perolehi. Terasa seperti tidak percaya dengan catatan sejarah yang telah berjaya kami lakarkan di sekolah SMK Tanjong Lumpur ini. Oleh yang demikian, dikesempatan ini ingin saya ungkapkan jutaan terima kasih buat semua guru yang telah bersusah payah untuk kejayaan kami ini. Terima kasih En.Uzir, Pn.Siti Juli...
SAHABAT
- Get link
- X
- Other Apps
IsTiMeWaNyA DiRiMu TeMaN... Biodata Si Dia Nama : Siti Aisyah Bt MohD hASSAN Umur : 20 Tahun Tarikh Lahir : 25 Mac 1994 Ciri-ciri Fizikal : Tak tinggi dan sedikit bulat..hehe Sifat : Penyayang, penyabar, jujur, setia, peramah dan banyak lagi (penat kalau nak tulis semua) Aku berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan seorang sahabat seperti dia. Kehadiran dirinya dalam kehidupan aku mebawa seribu erti. Persahabatan kami bermula ketika kami di TADIKA KEMAS, pada masa itu kami berusia 6 tahun (aku memasuki pra-sekolah lewat setahun berbanding rakan-rakan aku yang mula bersekolah ketika berusia 5 tahun). Pada awal persahabatan kami, ibarat "anjing dan kucing", kami selalu bergaduh. Tapi masa tu kami masih kecil lagi, masih belum mengenal erti sebuah persahabatan. Pelbagai kenangan manis mahupun pahit kami harungi bersama. Kini kami telah berusia 20 tahun, ini bermakna persahabatan kami telah berusia kira-kira 14 tahun kami masih akr...
IKAN BAKAR SRI TANJONG
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah Cuba Pasti Nak Lagiiiii !!! Kalau anda ke Bentong, Pahang atau dalam perjalanan ke mana saja yang memerlukan korang melalui daerah Bentong, saya sarankan korang semua singgahlah ke kedai ini.. Pelbagai juadah ada disediakan di sini, saya pasti korang akan berpuas hati setelah menikmatinya.. Kedai Ikan Bakar Sri Tanjong ini terletak di Batu 1, Bentong, Pahang berhadapan dengan kubur.. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan sila hubungi : 012-7111305 (WAN) Kunjungan Anda Pasti Berbaloiiii !!!!
UMI..I LOVE YOU
- Get link
- X
- Other Apps
TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGANUGERAHKAN AKU SEORANG BONDA YANG SANGAT ISTIMEWA.. Di saat aku memerlukan dia,umi tidak pernah menoleh ke belakang,umi tidak lari daripadaku walaupun selangkah.. umi akan menyapu setiap titisan air mata yang mengalir keluar daripada mataku..umi tidak pernah mengenal erti putus asa untuk terus mendidik aku menjadi seorang hamba-Nya yang bertaqwa, seorang manusia yang berguna untuk manusia lain, seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Tiada kata yang mampu terungkap di bibirku apabila mengenangkan setiap pengorbananmu.. UMI, ADIK SAYANGKAN UMI..UMILAH SEGALANYA BUAT ADIK.. Sejak arwah abah sakit lagi, umi telah membanting tulang empat kerat umi untuk mecari sesuap nasi buat kita semua.. walaupun masa itu sudah ada abang-abang dan kakak-kakak yang sudah bekerja tapi umi tidak meminta pertolongan mereka.. kata umi gaji mereka tidak seberapa, macam mana nak bagi kita makan,untuk keluarga mereka sendiri pun susah..umi tidak mahu menyu...